EHCD
  Laman Utama | Maklum Balas | FAQ | Hubungi Kami | Permohonan Tarikh : 31-Jul-2010  
    Masukan ID & Katalaluan
  ID/
Username
:
  Katalaluan/
Password
:
  Lupa katalaluan?
Klik Sini
  Pautan

MOSTI MASTIC
   
  Senarai laman web universiti

 
      Universiti Kebangsaan MalaysiaUniversiti Teknologi MalaysiaUniversiti MalayaUniversiti Utara MalaysiaUniversiti Teknologi Mara
      Universiti Putra MalaysiaUniversiti Islam AntarabangsaUniversiti Tenaga NasionalUniversiti Malaysia SarawakUniversiti Malaysia Pahang
      Universiti Teknikal Malaysia MelakaUniversiti Tun Hussein Onn MalaysiaUniversiti Malaysia PerlisUniversiti Teknologi PetronasUniversiti Multimedia

 
  Institusi Penyelidikan Kerajaan
 
Mimos Berhad Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
MPOBMardi
Sirim Berhad Jabatan Perkhidmatan Verterinar
IMR MACRES
Kementerian Pertahanan Malaysia Jabatan Perikanan
JMG Jabatan Pertanian Malaysia
 
   
 
 



 
SKIM JEMPUTAN PAKAR LATIHAN DALAM R&D   BAHASA INGGERIS 

Di bawah skim ini, Institusi Penyelidikan Tempatan atau Universiti boleh diberi bantuan kewangan bagi mendapatkan perkhidmatan latihan pakar atau perunding untuk tujuan kursus latihan secara hands-on dalam bidang-bidang keutamaan R&D bagi para penyelidik di Institusi Penyelidikan Awam dan Universiti.

Objektif skim ini adalah untuk meningkatkan kemampuan, keupayaan dan keberkesanan para penyelidik dan pegawai sokongan dalam menjalankan sesuatu kerja penyelidikan.

Syarat Kelayakan

  1. Pakar yang dijemput mestilah masyhur/terkenal dalam bidang pengajian dan boleh dijemput dari dalam atau luar negara.
  2. Pakar mestilah menyatakan persetujuan untuk menjalankan kursus latihan dan mereka akan menjadi jurulatih utama dalam kursus ini.
  3. Pakar yang dijemput oleh Institusi Penyelidikan Tempatan atau Pusat Penyelidikan di Universiti Tempatan perlu menjalankan kursus latihan dalam disiplin sains yang menjadi keutamaan R&D negara.
  4. Program latihan perlu dirangka supaya dapat memanfaatkan dan memberikan impak kepada peserta yang dijemput daripada pelbagai institusi.
  5. Kos yang dibiayai bagi memperolehi perkhidmatan pakar ini meliputi tambang perjalanan, penginapan, makanan, honorarium atau yuran perkhidmatan (jika ada). Sila rujuk kadar SPP Bil. 19/2002 dan PP Bil. 3/2003. Jika kadar melebihi yang ditetapkan mestilah mendapat surat kelulusan daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
  6. Tempoh kursus latihan yang dijalankan mestilah tidak melebihi 4 minggu. Tempoh yang melebihi 4 minggu hanya akan dibenarkan dalam keadaan yang sangat memerlukan dan akan dinilai berasingan.

Bagaimana Cara Untuk Memohon

  1. Pemohonan adalah terbuka sepanjang tahun dan mestilah melalui Ketua Jabatan/Institusi sebelum dihantar ke Urus Setia Program HCD (STI).
  2. Pemohonan akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pemandu HCD (STI) dan keputusan adalah muktamad.
  3. Pemohonan hendaklah dihantar terus kepada Ketua Jabatan/Dekan dan disokong oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan R&D (RMC).
  4. Pemohonan hendaklah dihantar sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum menjalankan kursus latihan.

Pemohon Dikehendaki Memuat-turunkan Dokumen-dokumen Berikut:- (* perlu dilengkapkan/wajib)

  1. * Kertas kerja.
  2. * Kad pengenalan pakar (warganegara)/passport (muka surat bagi mengesahkan nombor pasport) (bukan warganegara).
  3. * CV pakar dan gambar terbaru pakar.
  4. * Surat kelulusan daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) (jika perlu).


Sekiranya anda memerlukan acrobat reader.

 

HAKCIPTA (C) 2004-2010, KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI.

Aras 1-7, Blok C4 & C5, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Perseketuan, 62662 Putrajaya.
Tel: (603) 8885 8832 | Faks: (603) 8888 9473 | Email: ehcd@mosti.gov.my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Penafian:-
Kerajaan dan MOSTI tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.