EHCD
  Laman Utama | Maklum Balas | FAQ | Hubungi Kami | Permohonan Tarikh : 31-Jul-2010  
    Masukan ID & Katalaluan
  ID/
Username
:
  Katalaluan/
Password
:
  Lupa katalaluan?
Klik Sini
  Pautan

MOSTI MASTIC
   
  Senarai laman web universiti

 
      Universiti Kebangsaan MalaysiaUniversiti Teknologi MalaysiaUniversiti MalayaUniversiti Utara MalaysiaUniversiti Teknologi Mara
      Universiti Putra MalaysiaUniversiti Islam AntarabangsaUniversiti Tenaga NasionalUniversiti Malaysia SarawakUniversiti Malaysia Pahang
      Universiti Teknikal Malaysia MelakaUniversiti Tun Hussein Onn MalaysiaUniversiti Malaysia PerlisUniversiti Teknologi PetronasUniversiti Multimedia

 
  Institusi Penyelidikan Kerajaan
 
Mimos Berhad Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
MPOBMardi
Sirim Berhad Jabatan Perkhidmatan Verterinar
IMR MACRES
Kementerian Pertahanan Malaysia Jabatan Perikanan
JMG Jabatan Pertanian Malaysia
 
   
 
 



 

SKIM BIASISWA NATIONAL SCIENCE FELLOWSHIP (NSF)

BIASISWA NATIONAL SCIENCE FELLOWSHIP (NSF)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa memohon Biasiswa Penyelidikan National Science Fellowship (NSF) anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi pembiayaan pengajian peringkat sarjana dan kedoktoran secara penyelidikan sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dan luar negara. Biasiswa NSF meliputi elaun sara hidup bulanan, yuran pengajian dan yuran peperiksaan.

Objektif skim ini ialah untuk :

i. Meningkatkan bilangan golongan penyelidik R&D yang mahir dan berkeupayaan tinggi.
ii. Mewujudkan kelompok `critical mass' dalam bidang-bidang R&D yang masih kekurangan penyelidik.
iii. Membentuk dan membangunkan minat di kalangan graduan cemerlang dalam bidang STI untuk memilih bidang penyelidikan saintifik sebagai satu kerjaya berterusan.


Cara memohon biasiswa NSF
a. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui laman web http://ehcd.mosti.gov.my/nsf1.php
b. Pemohon perlu memuat naik (upload) dokumen-dokumen berikut :
  i.   Imej gambar berukuran pasport
ii.  Imej kad pengenalan Asal  (bukan fotokopi)
iii. Rancangan penyelidikan (research proposal) termasuk gantt chart(SILA RUJUK FORMAT RANCANGAN PENYELIDIKAN DI BAWAH)
c. Pemohon juga dikehendaki untuk mengisi alamat e-mel dan nombor kad pengenalan penyelia dalam permohonan ini.

Kemudahan Pembiayaan
a. Yuran Pengajian dan Yuran Peperiksaan  
b. Elaun Sara Hidup : Ijazah Sarjana - RM 1,560 sebulan
: Ijazah Kedoktoran - RM 2,300 sebulan

Tempoh Pembiayaan Biasiswa NSF
a. Ijazah Sarjana - maksimum 24 bulan
b. Ijazah Kedoktoran - maksimum 36 bulan

Proses Pengambilan
a. Tawaran NSF dibuka sepanjang tahun mulai 2009 dan permohonan akan diproses pada hari terakhir bulan-bulan berikut:
  i. Mac
  ii. Jun
  iii. September
  iv. November
b. Status permohonan & tarikh temuduga disemak melalui http://ehcd.mosti.gov.my

Syarat-syarat Kelayakan
i. Warganegara Malaysia
ii Pemohon akan berdaftar sebagai pelajar pada Semester 1 atau telah berdaftar sebagai pelajar pada semester 1. Pelajar yang telah berada di semester 2 tidak layak memohon.
iii Menjalankan penyelidikan dalam bidang-bidang berikut:

  Bioteknologi
       Bioteknologi Pertanian
       Biofarmaseutikal & Neutraseutikal
       Bioteknologi Perindustrian
       Genomik dan Molekular Biologi
       Proteomiks
       Bioteknologi Kesihatan

  Teknologi Maklumat dan Komunikasi
       Cyber Security
       Encryption systems
       Grid computing & Multi Service Networks
       Wireless Broadband
       Micro energy systems
       Micro systems (MEMS/NEMS)
       Bioinformatics

  Industri
       Nanoteknologi
       Bahan Termaju
       Teknologi Pembuatan termaju
       Tenaga Alternatif/Diperbaharui
       Rekabentuk dan Kejuruteraan/Industri

  Sea to Space
       Aeroangkasa
       Sains Marin dan Oseanografi

  Pertanian
       Teknologi/Sains Makanan
       Teknologi Lepas Tuai
       Pembiakbakaan Ternakan/Tumbuhan
       Akuakultur
       Pertanian Secara Tepat(Precision Farming)

  Lain-lain -
       Farmaseutikal
       Sains Kesihatan dan Perubatan
       Mikroelektronik
       Pengawalan Pencemaran industri dan Kejuruteraan Alam Sekitar

iv. Berumur tidak melebihi 30 tahun bagi calon Sarjana dan 35 tahun bagi calon PhD pada tarikh tutup permohonan.
v. Pemohon bukan kakitangan kerajaan atau tutor di IPTA. Pemohon yang berjaya tidak dibenarkan menerima sebarang sunber pembiayaan lain atau menanggung apa-apa pekerjaan.
vi. Syarat akademik :
a. Pemohon di peringkat Sarjana perlu mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau
    Kelas Kedua Atas (CGPA > 3.0) atau yang setaraf dengannya dan diiktiraf oleh Kerajaan;
b. Permohonan diperingkat Kedoktoran perlu mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian dan/atau
    Ijazah Sarjana yang mengkhusus dalam bidang-bidang yang disenaraikan.
c. Permohonan keluar negara perlu mempunyai keputusan TOEFL 600 (Paper-Based)/ 250(Computer-Based) atau
    IELTS 6.5.

vii.

Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Pemohon yang berjaya akan dikenakan ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau mana-mana agensi yang dipersetujui oleh Kerajaan.

viii.

Penyelia calon mesti mempunyai geran penyelidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.


Penajaan Pengajian
i. Calon yang ditaja pengajiannya dikehendaki menandatangani kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau mana-mana agensi yang dipersetujui oleh kerajaan.
ii. Tempoh kontrak akan bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh NSF.
iii. Calon yang melanggar syarat perjanjian seperti meninggalkan pengajian, menukar kursus atau pusat pengajian tanpa kebenaran Kerajaan akan dikehendaki membayar gantirugi.
iv. Calon yang berjaya tidak dibenarkan menerima sebarang sumber pembiayaan lain atau menanggung apa-apa pekerjaan.


Untuk keterangan lanjut , sila hubungi :

URUS SETIA BIASISWA NSF
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)
UNIT HRD, SEKSYEN PERANCANGAN STRATEGIK
BAHAGIAN PERANCANGAN
ARAS 2, BLOK C5, KOMPLEKS C,
62662 PUTRAJAYA

Tel : 03-8885 8796/8832; e-mel: ehcd@mosti.gov.my
Sokongan Teknikal : 03-88858157/8882

acrobat reader.

 

HAKCIPTA (C) 2004-2010, KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI.

Aras 1-7, Blok C4 & C5, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Perseketuan, 62662 Putrajaya.
Tel: (603) 8885 8832 | Faks: (603) 8888 9473 | Email: ehcd@mosti.gov.my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Penafian:-
Kerajaan dan MOSTI tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.