EHCD
  Laman Utama | Maklum Balas | FAQ | Hubungi Kami | Permohonan Tarikh : 09-Feb-2010  
    Masukan ID & Katalaluan
  ID/
Username
:
  Katalaluan/
Password
:
  Lupa katalaluan?
Klik Sini
  Pautan

MOSTI MASTIC
   
  Senarai laman web universiti

 
      Universiti Kebangsaan MalaysiaUniversiti Teknologi MalaysiaUniversiti MalayaUniversiti Utara MalaysiaUniversiti Teknologi Mara
      Universiti Putra MalaysiaUniversiti Islam AntarabangsaUniversiti Tenaga NasionalUniversiti Malaysia SarawakUniversiti Malaysia Pahang
      Universiti Teknikal Malaysia MelakaUniversiti Tun Hussein Onn MalaysiaUniversiti Malaysia PerlisUniversiti Teknologi PetronasUniversiti Multimedia

 
  Institusi Penyelidikan Kerajaan
 
Mimos Berhad Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
MPOBMardi
Sirim Berhad Jabatan Perkhidmatan Verterinar
IMR MACRES
Kementerian Pertahanan Malaysia Jabatan Perikanan
JMG Jabatan Pertanian Malaysia
 
   
 
 



 
SKIM BIASISWA PENYELIDIKAN GUNAAN PASCA SISWAZAH BAGI PEGAWAI DALAM PERKHIDMATAN (LDP)  BAHASA INGGERIS 

Skim Biasiswa Penyelidikan Gunaan Pasca Siswazah Bagi Pegawai Dalam Perkhidmatan menyediakan bantuan pembiayaan (biasiswa) kepada pegawai penyelidik di Institusi Penyelidikan Awam atau kakitangan akademik seperti pensyarah di Institusi Pendidikan Tinggi Awam untuk mengikuti latihan lanjutan (M.Sc dan Ph.D) dalam bidang-bidang keutamaan R&D Negara.

Latihan yang diperolehi ini diharap dapat meningkatkan kemahiran, kemampuan dan keberkesanan penyelidik/saintis untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan berteknologi tinggi dan bertaraf dunia.

Bentuk Bantuan

Calon yang berjaya akan menerima pembiayaan biasiswa mengikut garis panduan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dan akan diberi Cuti Belajar Bergaji Penuh sepanjang pengajian (24 bulan untuk M.Sc dan 36 bulan untuk Ph.D). Pembiayaan biasiswa ini hanya ditawarkan untuk pengajian penyelidikan sepenuh masa di mana-mana universiti tempatan atau di universiti-universiti terkemuka luar negara.

Syarat Kelayakan

  1. Pegawai dan penyelidik yang terpilih untuk mengikuti kursus Pasca Siswazah mesti mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan ciri-ciri yang bersesuaian bagi memberi sumbangan kecekapan yang tinggi kepada organisasi/perkhidmatan. Pegawai dan penyelidik mestilah mempunyai ijazah yang diiktiraf atau mana-mana kelayakan yang setaraf dengannya
  2. Ketua Jabatan/Institusi/Agensi akan menilai kelayakan calon mengikut keperluan latihan organisasi tersebut.
  3. Pegawai dalam kumpulan profesional, pegawai penyelidik/pensyarah yang telah disahkan dalam jawatan dari
    i) Institusi Pendidikan Tinggi Awam.
    ii) Institusi Penyelidikan Awam yang dikorporatkan seperti SIRIM dan MIMOS.
    iii) Institusi Penyelidikan Awam.
  4. Pemohon mestilah tidak lebih dari 40 tahun pada masa permohonan dibuat
  5. Pemohon mestilah bersih daripada tindakan displin/tatatertib

Bagaimana Cara Untuk Memohon

  1. Permohonan mestilah mendapat pengesahan melalui Ketua Jabatan/Institusi masing-masing dan dihantar ke Urusetia Program HCD (STI). Mendapat tempat pengajian dalam universiti terkenal atau berada dalam universiti luar negara yang bertaraf tinggi. Mendapat kebenaran kertas kerja penyelidikan daripada penyelia. Mestilah mempunyai kecekapan Inggeris (contoh: TOEFL 600/250 atau IELTS 6.5) untuk memohon universiti luar negara Permohonan mestilah sampai 2 bulan sebelum tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HCD (STI) diadakan. Jumlah elaun/biasiswa adalah berdasarkan kadar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  2. Tempoh maksimum pembiayaan untuk M.Sc adalah 24 bulan dan Ph.D 36 bulan.
  3. Tarikh tutup permohonan ini pada 25 September 2009.

Pemohon Dikehendaki Memuat-naikkan Dokumen-dokumen Berikut:- (* perlu dilengkapkan/wajib)

  1. * Kad pengenalan.
  2. * Gambar terbaru pemohon.
  3. Sijil akademik (Diploma/ * Sarjana Muda/ Sarjana).
  4. * Transkrip Ijazah Sarjana Muda bagi mengesahkan CGPA.
  5. * Kertas kerja penyelidikan dan abstrak.
  6. * Surat tawaran/persetujuan penerimaan dari universiti yang menyatakan anggaran yuran dalam setahun.
  7. * CV penyelia.
  8. CV pemohon.

Sokongan Teknikal = 03-8885 8157/8706/8832

PANDUAN MENULIS CADANGAN PENYELIDIKAN UNTUK PROGRAM IJAZAH TINGGI 

GARIS PANDUAN UNTUK MENDAPATKAN BIASISWA HCD (STI) MOSTI BAGI PENGAJIAN PERINGKAT Ph.D & M.Sc 


Sekiranya anda memerlukan acrobat reader.

 

HAKCIPTA (C) 2004-2010, KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI.

Aras 1-7, Blok C4 & C5, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Perseketuan, 62662 Putrajaya.
Tel: (603) 8885 8832 | Faks: (603) 8888 9473 | Email: ehcd@mosti.gov.my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Penafian:-
Kerajaan dan MOSTI tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.