EHCD
  Laman Utama | Maklum Balas | FAQ | Hubungi Kami | Permohonan Tarikh : 31-Jul-2010  
    Masukan ID & Katalaluan
  ID/
Username
:
  Katalaluan/
Password
:
  Lupa katalaluan?
Klik Sini
  Pautan

MOSTI MASTIC
   
  Senarai laman web universiti

 
      Universiti Kebangsaan MalaysiaUniversiti Teknologi MalaysiaUniversiti MalayaUniversiti Utara MalaysiaUniversiti Teknologi Mara
      Universiti Putra MalaysiaUniversiti Islam AntarabangsaUniversiti Tenaga NasionalUniversiti Malaysia SarawakUniversiti Malaysia Pahang
      Universiti Teknikal Malaysia MelakaUniversiti Tun Hussein Onn MalaysiaUniversiti Malaysia PerlisUniversiti Teknologi PetronasUniversiti Multimedia

 
  Institusi Penyelidikan Kerajaan
 
Mimos Berhad Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
MPOBMardi
Sirim Berhad Jabatan Perkhidmatan Verterinar
IMR MACRES
Kementerian Pertahanan Malaysia Jabatan Perikanan
JMG Jabatan Pertanian Malaysia
 
   
 
 



 
SKIM FELOSHIP PENYELIDIKAN TERMAJU LUAR NEGARA   BAHASA INGGERIS 

Skim ini memberi peluang kepada saintis/penyelidik dari Institusi Penyelidikan Tempatan dan Universiti untuk mendapatkan latihan secara hands-on dalam bidang penyelidikan sains yang telah dikenalpasti di Pusat-pusat Penyelidikan yang terpilih sama ada di dalam negara atau di luar negara yang bersesuaian dengan kerja penyelidikan yang sedang dijalankan. Selepas tamat latihan, diharap dapat menambahkan pengetahuan yang secukupnya, kemahiran atau pengalaman yang dapat memantapkan penyelidikan yang sedang dijalankan.

Bentuk Bantuan

  1. Jangka masa sangkutan
    1. minimum 30 hari
    2. maksimum 3 bulans
  2. Calon yang berjaya akan menerima bantuan kewangan untuk elaun sara hidup, tambang perjalanan, yuran sangkutan dan elaun-elaun yang berkaitan.
  3. Sepanjang tempoh sangkutan ini, calon akan diberi Cuti Belajar Bergaji Penuh oleh pihak berkuasa/majikan masing-masing.

Syarat Kelayakan

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berkhidmat dengan Kerajaan dan disahkan dalam perkhidmatan;
  2. Merupakan seorang penyelidikan yang aktif dalam menjalankan penyelidikan dan mempunyai geran penyelidikan.
  3. Mempunyai kelayakan akademik minima Ijazah Ph.D dalam bidang-bidang berkaitan dari universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
  4. Tajuk penyelidikan hendaklah memberi faedah kepada negara pada masa akan datang dan dapat menyumbang pembangunan f sosio-ekonomi negara
  5. Penyelidik hendaklah memberi cadangan tempat bagi penempatan penyelidikan dan nama penyelia yang berkaitan dengan penyelidikan sedia ada
  6. Jumlah elaun/biasiswa adalah berdasarkan kadar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Bagaimana Cara Untuk Memohon

  1. Permohonan adalah terbuka sepanjang tahun dan mestilah melalui Ketua Jabatan/Institusi sebelum dihantar ke Urus Setia Program HCD (STI).
  2. Skim ini adalah berdasarkan sesuatu projek penyelidikan yang sedang dilakukan dan pemohon dikehendaki mengenalpasti makmal, universiti, industri atau pusat penyelidikan yang relevan dengan penyelidikan tersebut sama ada di dalam atau di luar negara.
  3. Permohonan akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pemandu HCD (STI) dan keputusan adalah muktamad.
  4. Permohonan hendaklah dihantar terus kepada Ketua Jabatan/Dekan dan disokong oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan R&D (RMC).

Pemohon Dikehendaki Memuat-turunkan Dokumen-dokumen Berikut:- (* perlu dilengkapkan/wajib)

  1. * Kad pengenalan.
  2. * Gambar terbaru pemohon.
  3. Sijil akademik (Diploma/ * Sarjana Muda/ Sarjana/ * Ph.D).
  4. * Rancangan penyelidikan dan Gantt Chart.
  5. * Justifikasi keperluan penempatan penyelidikan yang dipohon.
  6. * Surat tawaran/persetujuan penerimaan dari Institusi/Universiti yang dipohon dan yuran-yuran yang berkaitan (jika ada).
  7. * Surat sokongan Ketua Jabatan/Dekan Fakulti/ Jawatankuasa Peringkat Universiti.


Sekiranya anda memerlukan acrobat reader.

 

HAKCIPTA (C) 2004-2010, KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI.

Aras 1-7, Blok C4 & C5, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Perseketuan, 62662 Putrajaya.
Tel: (603) 8885 8832 | Faks: (603) 8888 9473 | Email: ehcd@mosti.gov.my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Penafian:-
Kerajaan dan MOSTI tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.